Budak 5 tahun didera: Ibu ditahan reman 5 hari

Kuala Selangor, Sep-
Polis bongkar kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Jalan Desiran Malawati dekat sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata, polis giat mengesan teman lelaki kepada seorang wanita yang dipercayai turut terlibat dalam kes ini. Suspek dipercayai turut terlibat bersama-sama ibu mangsa melakukan penderaan terhadap kanak-kanak terbabit.

“Polis giat mencari suspek yang disyaki berada di Kedah bagi membantu siasatan lanjut,” katanya kpada pemberita.

Mohd Ambia berkata, polis sebelum itu telah menahan ibu kanak-kanak terbabit yang berusia 32 tahun pada jam 5.14 petang Rabu susulan laporan polis dibuat bekas suaminya yang berusia 28 tahun dan direman di Mahkamah Majistret Sungai Besar pada Khamis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001. Ibu kanak – kanak itu direman 5 hari untuk siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here