Kuala Lumpur, Sep-
Dua penarik kereta ditemukan maut dengan mulut berbuih dalam kereta, dalam kejadian di Jalan Persiaran 9, Taman Ampang Saujana, Ampang.
Dalam kejadian pada 6.17 petang semalam, kedua mangsa berada dalam kereta yang pintu dan cermin tertutup rapat, selain enjin masih hidup.Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail, berkata siasatan lanjut mendapati semua mangsa tidak sedarkan diri, tanpa kesan kecederaan.
“Pihak ambulans Hospital Ampang yang tiba di lokasi telah mengesahkan kedua-duanya telah meninggal dunia,”katanya dalam kenyataan.Katanya, semua mayat dibawa ke hospital berkenaan untuk bedah siasat pada hari ini.
“Setakat ini kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR),” katanya.