69 pelajar sekolah ditahan dalam Ops Samseng Jalanan

Ipoh, Sep-
Seramai 69 pelajar sekolah antara 136 individu yang ditahan polis dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Klebang Ria, di sini, semalam.

Operasi bermula jam 6 petang itu dijalankan sepasukan 79 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata semua yang ditahan itu terdiri daripada 130 lelaki dan enam wanita yang berusia antara 12 hingga 45 tahun.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 22 orang adalah pelajar Tingkatan Lima yang dijadual menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here