40 tempat teduhan penunggang motosikal di lebuh raya

Kuala Lumpur, Dis 8.
Sebanyak 40 tempat berteduh penunggang motosikal di sepanjang lebuh raya berjaya dibina dan disiapkan dalam tempoh lima bulan seperti disasarkan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, usaha penambahan tempat teduhan baharu itu bermula sejak suku ketiga 2023 selaras dengan fokus Kerajaan MADANI demi kesejahteraan rakyat.

Menurut Nanta, kejayaan pembinaan kemudahan itu juga hasil komitmen syarikat-syarikat konsesi yang diterajui oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi menyediakan kemudahan berkenaan kepada pengguna jalan raya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here