Putrajaya, Sep-
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengarahkan Jabatan Meteorologi (METMalaysia) untuk mengkaji semula prosedur operasi standard penyediaan dan penyebaran maklumat, nasihat atau amaran cuaca.
Menteri berkenaan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata hal ini supaya maklumat itu dapat dikeluarkan dengan lebih kerap apabila cuaca dijangka menjadi ekstrem.Beliau berkata METMalaysia juga diarahkan untuk menambah baik aspek komunikasi dalam penyebaran maklumat dan amaran cuaca yang lebih berkesan agar orang awam lebih cakna terhadap keadaan cuaca semasa sekali gus dapat mengelakkan kejadian tidak diingini.
“Kementerian mengambil maklum laporan media yang menyatakan METMalaysia tidak mengeluarkan amaran cuaca disebabkan ramalan dikeluarkan lima hari terdahulu masih lagi efektif,”
katanya dalam kenyataan.




















