Kayuh basikal seawal jam 7.30 pagi untuk jadi pengundi terawal

Kluang, Sep-
Seorang pengundi warga emas hadir ke pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Eng, dengan mengayuh basikal sejauh 1.5 kilometer dari rumahnya seawal jam 7.30 pagi bagi menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat pada Sabtu.

Ong Yong Heng, 73, juga menjadi pengundi pertama selesai membuang undi di pusat mengundi tersebut pada jam 8.04 pagi.

Katanya, sudah menjadi kelazimannya untuk datang awal setiap kali hari mengundi sebelum melakukan urusan lain.

“Saya datang naik basikal dari rumah di Taman Lian Seng. Jam 7.30 pagi sudah datang.”Memang saja datang awal. Sekarang bagus ada kerusi (untuk menunggu). Kalau datang jam 9 pagi nanti panas,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Sabtu.

Seorang lagi warga emas, Lok Leng, 84, juga memilih keluar mengundi awal pagi mengambil kira faktor cuaca.

Katanya, sudah menjadi kelazimannya untuk datang awal setiap kali hari mengundi sebelum melakukan urusan lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here