Mendung, hujan di enam daerah Selangor

Enam daerah di Selangor diramalkan mengalami cuaca hujan dan mendung sehingga 7 Jun ini, demikian laporan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Daerah terlibat adalah Kuala Langat, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Tiga daerah lain iaitu Sepang, Hulu Langat dan Petaling pula dijangka hujan bermula hari ini sehingga Jumaat namun bertukar panas keesokannya.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.met.gov.my untuk mendapatkan maklumat terbaharu mengenai keadaan cuaca semasa di negeri ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here