Perbuatan buli siber harus dibendung sepenuhnya. Peningkatan dalam kes- kes penyalahgunaan siber di Malaysia amat membimbangkan. Fitnah-memfitnah, tohmahan dan gurauan yang melampaui batas bukanlah satu insiden yang baru di negara ini. Baru-baru ini negara digegarkan dengan kematian seorang pempengaruh India yang telah bunuh diri hanya kerana dibuli dalam laman sosial.
Bagi mengelakkan kejadian ini kita harus memupuk kesedaran pengguna media sosial terhadap keselamatan siber untuk menggunakan ruangan siber secara beretika dan berwaspada.
Kerajaan Malaysia sememangnya memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial dan buli siber. SKMM telah melaksanakan pelbagai langkah-langkah untuk menangani isu buli siber di platform media sosial.
Selain berfungsi sebagai sebuah agensi penguatkuasa, SKMM juga menjadi tempat aduan bagi mangsa-mangsa buli siber di Malaysia. Setiap aduan yang diterima akan diperinci dan tindakan sewajarnya akan diambil untuk mengelakkan kesan tragis terhadap mangsa. Sebahagian daripada usaha berterusan SKMM ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan buli siber di kalangan masyarakat umum dan khususnya golongan belia yang sangat aktif di ruang siber. Ini bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang penyalahgunaan media sosial dan buli siber.
Harian Makkal Osai berpendapat setiap agensi mahupun individu mempunyai tanggungjawab besama untuk menangani isu buli siber yang semakin berlelusa. Justeru, pihak Makkal Osai telah mengadakan satu pertemuan dengan Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din selaku Pengerusi SKMM untuk mewujudkan kesedaran dalam isu ini di kalangan komuniti India.
Nantikan artikel-artikel yang menampilkan temu bual dengan pegawai penguatkuasa undang-undang, wakil daripada SKMM, kisah benar mangsa buli siber dan agensi-agensi yang berkaitan mengenai isu buli siber dan cara berkesan untuk mengurus situasi sedemikian.