Lelaki maut Kereta terbabas rempuh pokok

Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas dan merempuh pokok di Jalan Iskandar Shah, dekat Bangunan Persekutuan Seri Manjung, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi

Nor Ahmad, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 2.10 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kereta jenis Perodua Bezza merempuh pokok di bahu jalan dan terdapat pemandu lelaki berusia 21 tahun tersepit dalam kenderaan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here