Takiyuddin ganti Sanusi Idi Amin MB Kedah?

Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan menafikan spekulasi yang mengatakan dirinya akan menggantikan Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Menteri Besar Kedah selewat-lewatnya selepas pilihan raya umum akan datang sebab PAS kekal kehilangan sokongan  masyarakat bukan islam seluruh Malaysia.

 “Soal pentadbiran Sanusi  akan diperbaiki dari semasa ke semasa walaupun beliau dianggap sebagai Idi Amin malaysia, selepas kebatalan cuti peristiwa thaipusam di Kedah” katanya.

Terdahulunya dikatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) itu akan menggantikan Sanusi, paling lewat selepas pilihan raya umum akan datang.

Spekulasi itu hadir selepas Sanusi dikecam berhubung isu cuti peristiwa bagi perayaan Thaipusam di Kedah.

Menurut sumber tersebut, kontroversi yang dicetuskan oleh Sanusi tidak berkesudahan sejak dia menjadi menteri besar, seperti isu merobohkan kuil di Kuala Kedah dan dakwaan pembelian kereta Toyota Vellfire menggunakan dana Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada) dan sebagainya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here