Rumah, empat kenderaan musnah dalam kebakaran

Nibong Tebal, Okt-
Sebuah rumah di Taman Kasawari, Simpang Ampat di sini musnah dalam kebakaran pada jam 10 malam, Selasa.

Dua buah kereta iaitu Proton Saga dan BMW serta dua buah motosikal jenis Honda RS150 dan Honda EX5 turut musnah dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hairi Fadzil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.11 malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas C dengan anggaran keluasan 60×60 kaki persegi. Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran adalah 90 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here