Kuala Lumpur, Okt-
Polis menyelamatkan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia enam dan setahun selepas dipercayai ditinggalkan ibu mereka tanpa penjagaan selama dua hari di sebuah kediaman di Taman Kosas, Ampang dekat sini, Isnin lalu.
Terdahulu, polis menerima aduan seorang lelaki berusia 39 tahun memaklumkan dua kanak-kanak terbabit terkurung dalam sebuah rumah kerana ibu mereka tidak pulang.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata anggota polis bertindak menyelamatkan kanak-kanak itu dan membawa mereka ke Hospital Ampang untuk rawatan.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati ada kesan parut lama dan baharu pada tubuh kedua-dua kanak-kanak terbabit dipercayai kesan kecederaan akibat penderaan.
























