Hujan lebat, ribut petir di negeri sebelah Pantai Barat Semenanjung

Kuala Lumpur, Okt-
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di semua negeri di Pantai Barat Semenanjung dari Perlis hingga Johor.

Dalam kenyataan di portal X hari ini, amaran itu dikeluarkan membabitkan Perlis, beberapa daerah di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda dan Bandar Baharu, Pulau Pinang manakala di Perak ialah Kerian, Larut. Matang, Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

“Amaran itu juga dikeluarkan di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Klang, Petaling, Kuala Langat, UIu Langat dan Sepang. Begitu juga di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kawasan Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan, Melaka, Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru di Johor serta Bintulu, Miri, Sarawak juga dikeluarkan amaran hujan dan ribut.” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here