SELANGOR MENJADI JUARA SILAMBAM KEBANGSAAN

Sepang:

Negeri Selangor menjadi juara seni pertahanan Silambam di peringkat kebangsaan. Selangor meraih kemenangan yang berwibawa itu pada pertandingan Seni pertahanan Silambam  antarabangsa ke 16 yang berlangsung di Negeri Johor baru – baru ini.

Persatuan Silambam negeri Johor menganjurkan pertandingan itu. Lebih dari seratus peserta dari 12 negeri mengambil bahagian dalam acara itu. Selangor meraih 9 pingat emas dalam acara itu. Tempat kedua dimenangi oleh negeri Penang dengan 7 emas dan negeri Perak menang tempat ketiga dengan 6 pingat emas.

Ketua persatuan negeri Selangor En Saravanan memberi hadiah kepada semua pemenang. Ini adalah pertandingan yang pertama berlangsung selepas Doktor Sures mengambil alih jawatan pengerusi kebangsaan persatuan Silambam negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here