Kenaikan duti eksais gula antara berita ‘termanis’

Kuala Lumpur, Okt-
Persatuan Pengguna Pulau Pinang menyifatkan kenaikan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari depan adalah antara berita ‘termanis’ yang diumumkan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2025.

Pegawai Pendidikannya, N. V. Subbarow, berkata langkah itu juga mampu mengurangkan angka pesakit diabetes selain mengekalkan kos rawatan bagi penyakit tersebut.

“Perang terhadap gula, berita manis tanpa gula. Terima kasih Perdana Menteri. Pengumuman kenaikan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari tahun depan adalah berita yang sangat manis tanpa gula untuk rakyat Malaysia, khususnya kepada pengguna yang sering minum minuman yang mengandungi gula.

“Ia bermanfaat kepada rakyat, terutamanya pelajar dan belia yang gemar minum minuman botol yang mengandungi gula berlebihan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here