RAKYAT DIBENARKAN RAKAM VIDEO KETIKA SUNTIKAN VAKSIN- KHAIRY

Putrajaya, Jul 23-

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memberi kebenaran untuk rakyat merekodkan gambar atau video ketika menerima suntikan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Jelas Khairy, ia bagi memastikan setiap penerima mempunyai bukti kukuh mendapat kadar vaksin yang sempurna.

“Untuk tidak berlaku apa-apa keraguan, saya telah mengarahkan pertamanya seperti biasa kita pastikan SOP sedia ada untuk (petugas kesihatan) tunjuk penerima vaksin picagari sudah diisi kuantiti (vaksin) sempurna sebelum suntikan.

“Kedua, kebenaran dari saya dan Menteri Kesihatan, kalau ada arahan tidak diberikan kemudahan ini, penerima vaksin boleh video penerimaan suntikan mereka.

“Anda boleh rakamkan video diri anda menerima vaksin, jadi anda dan kami mempunyai bukti kukuh bahawa vaksin yang sempurna telah diberikan,” jelas Khairy.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here