Gaji minimum bukan gaji permulaan untuk semua pekerja – Sim

Bandar Permaisuri, Okt-
Kerajaan mengingatkan majikan supaya tidak menjadikan kadar gaji minimum yang baharu sebagai gaji permulaan kepada semua pekerja termasuk siswazah.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, berkata kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 Jumaat lalu, adalah gaji untuk pekerja asas dengan kelayakan akademik dan kemahiran rendah termasuk pekerja sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar).

“Jadi kita sarankan supaya (pekerja) diberikan gaji setimpal berdasarkan kemahiran atau kelulusan akademik yang ada. Jangan jadikan gaji minimum sebagai penanda aras kepada gaji permulaan kepada semua pekerja.

“Ini (penyelarasan gaji minimum) adalah strategi untuk pekerja paling asas iaitu 4.35 juta pekerja yang masih mendapat gaji di bawah RM1,700.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here