Hampir 300,000 hilang kerja dalam tempoh 4 tahun

Kuala Lumpur, Okt-
Seramai 293,639 pekerja hilang pekerjaan bagi tempoh 2020 sehingga 26 Sept lalu dengan jumlah tertinggi membabitkan sektor pembuatan dengan 75,615 orang.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Abdul Rahman Mohamad berkata sektor kedua terkesan adalah bidang perdagangan borong dan runcit membabitkan 43,614 orang, aktiviti profesional, saintifik dan teknikal (23,907) serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) (19,931).

Sektor penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman (23,124), pembinaan (21,233), pengangkutan (20,953) dan lain-lain sektor merekodkan (65,262) orang.

Menurutnya, statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menunjukkan 575,044 pencari kerja aktif direkodkan dari Jan hingga 27 Sept lalu di Portal MYFutureJobs berbanding 125,956 kekosongan jawatan.Beliau menjelaskan menangani cabaran guna tenaga tidak penuh terutamanya graduan baharu dan pekerja tempatan, pelbagai program diperkenalkan antaranya program latihan di bawah sistem insurans pekerjaan.

“(Selain itu) skim latihan bakal pekerja (FWT), kursus berfokuskan industri 4.0, kerjasama strategik dan pusat teknologi dan pembiayaan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk pelatih kemahiran,”katanya.

Beliau menjawab soalan lisan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) meminta Kementerian Sumber Manusia menyatakan program latihan kemahiran dirancang untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dan pekerja tempatan dalam sektor teknologi dan industri 4.0.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here