Kereta dihempap papan tanda pasar raya – Wanita trauma!

Kuala Lumpur,Okt-
Seorang wanita berhadapan detik cemas apabila kenderaannya dihempap papan tanda yang jatuh akibat angin kencang di parkir sebuah pasar raya di Pusat Perniagaan Alam Jaya, Bandar Puncak Alam, di sini, petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kejadian turut menjejaskan lima kenderaan lain di lokasi sama.

“Bomba menerima panggilan jam 3.44 petang. Menurut laporan awal, terdapat sebuah papan tanda pasar raya telah jatuh dan menghempap enam kenderaan di kawasan parkir iaitu dua Proton Saga, Toyota Vios, BMW, Perodua Myvi dan Jaecoo,” katanya.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa berusia 45 tahun tidak tersepit dan dikeluarkan orang awam.

“Wanita itu dihantar ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here