PEMANDU DITEMUI RENTUNG DI PUSAT BANDARAYA

Seorang pemandu ditemui rentung selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan terbakar.

Kejadian berlaku sebelum susur masuk ke Istana Negara Jalan Tuanku Abdul Halim Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menghantar jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas ke lokasi kejadian setelah mendapat panggilan telefon 5.40 pagi .

 Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II KUP Zainal Abidin Yusof berkata, sebaik jentera tiba dilokasi kejadian, mendapati api masih marak.

Kebakaran didapati berpunca daripada kemalangan melanggar tiang lampu. Peratusan kebakaran sebanyak 100 peratus dan mangsa masih berada di bahagian tempat pemandu.

Api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya kira kira jam 6:09 pagi. Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. Identiti sedang dikenal pasti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here