Kuala Lumpur, Nov-
Sebanyak 3,268 kemalangan jalan raya dan 39 kematian di seluruh negara direkodkan sepanjang tempoh dua hari lalu termasuk ketika sambutan Deepavali.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, statistik itu turut merekodkan 38 kemalangan maut.
Katanya, mengikut pecahan sebanyak 1,882 kes kemalangan, 15 kemalangan maut dan 16 kematian direkodkan pada Rabu, manakala 1,386 kes, 23 kemalangan maut dan 23 kematian semalam.
“Pecahan jumlah kematian bagi tempoh dua hari itu melibatkan motosikal sebanyak 32, kereta (4), lori (1), basikal (1) dan kenderaan pelbagai guna (1),” katanya.