Warga Sri Lanka maut terjatuh jejantas

Kuala Lumpur, Nov-
Seorang warga Sri Lanka maut terjatuh jejantas ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan pegawai imigresen semalam.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata dalam kejadian 4.48 petang, lelaki berusia 30-an itu tergelincir dari jejantas menghubungkan JB Sentral dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru, sebelum terjatuh atas Perodua Myvi yang melalui kawasan terbabit.

“Dia disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan siasatan mendapati mangsa cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan Jabatan Imigresen BSI,” katanya .

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke HSA untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah dikesan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here