Dua beranak maut akibat tikaman di dada, perut – Polis

George Town, Nov-

Polis mengesahkan kematian dua beranak Siti Zulaila Zulkifli, 30,dan bapanya Zulkifli Ibrahim, 62, dalam kejadian di pangsapuri Bandar Baru, Ayer Itam berpunca akibat luka tikaman pada dada dan perut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam mendapati terdapat kecederaan akibat tikaman dengan benda tajam pada mangsa.

“Bedah siasat mendapati punca kematian mangsa wanita adalah disebabkan luka tikaman pada dada dan perut manakala bapanya mengalami luka akibat ditikam pada dada.

“Proses bedah siasat selesai kira-kira jam 6 petang semalam dan jenazah kedua-dua beranak dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan malam tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here