Ismail Sabri lawat mangsa banjir

 Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat mangsa banjir di Kampung Bukit Lanchong, berhampiran Putra Height, malam tadi. Beliau bergegas ke kawasan itu selepas meninjau dan mengadakan sidang media khas mengenai banjir di Agensi Pengurusan Bencana (NADMA).

Perdana Menteri dalam ciapan di Twitternya, menyatakan beliau sempat bertanya sendiri dengan mangsa banjir mengenai situasi yang dihadapi. Hari ini, Perdana Menteri dijangka melawat mangsa banjir di Pusat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Johan Setia, Klang dan Sekolah Telok Gong, Klang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here