Orkid seludup bernilai RM980,000 dari Thailand dirampas

Tumpat, Nov-

Seorang lelaki ditahan dan lebih 280 pokok hiasan jenis orkid bernilai RM980,000 dirampas oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Kasban Kampung Simpangan, di sini, petang semalam.

Rampasan dilakukan Batalion 8 jam 6.30 petang selepas pihaknya menahan sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih 280 pokok orkid yang dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam kereta itu tanpa dokumen yang sah.

Suspek seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup orkid terbabit ke pasaran tempatan turut ditahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here