Kajang, Nov-
Tiga kilang memproses makanan di Bandar Teknologi, Semenyih di sini, musnah dalam kebakaran pagi ini.
Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan mengenai kejadian jam10.44 pagi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.
Ahmad Mukhlis berkata, pemeriksaan mendapati kilang pertama musnah 100 peratus, manakala kilang kedua mengalami kemusnahan 20 peratus dan kilang ketiga pula musnah sebanyak 30 peratus.
Bagaimanapun, beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.