Godam data PERKESO, ruangan untuk siasatan perlu

Kuala Lumpur, Dis 11.
Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar meminta semua pihak memberi ruang kepada pasukan siasatan forensik dalaman untuk melengkapkan siasatan berkaitan kes serangan siber yang menyasarkan infrastruktur dan imej Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Sivakumar, dalam kenyataan semalam memaklumkan, kementerian berkenaan berharap spekulasi tidak berasas yang ditularkan di media sosial sebelum ini dapat dihentikan kerana ia bukan hanya mengeruhkan keadaan malah berupaya mengundang ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat.

Ini bagi membolehkan matlamat utama penubuhan PERKESO sebagai agensi yang memberikan khidmat perlindungan sosial tidak terjejas rentetan pencerobohan siber ini.

Kementerian sekali lagi memberi jaminan, tiada pihak yang akan terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya didapati menjadi dalang kepada insiden pada 2 Disember lalu, katanya. yang turut memaklumkan serangan siber itu berjaya dipatahkan dengan usaha pemulihan serta mitigasi ketika ini giat dilaksanakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here