Pokok tumbang hempap kereta

Kuala Lumpur, Nov-
Sebuah kereta rosak selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan 1/76C, Desa Pandan, di sini, semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dalam kenyataan, memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

“Pokok yang berada dalam kawasan komersial itu yang tumbang mengakibatkan jalan di kawasan terbabit ditutup sementara.

“Petugas DBKL bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) KL b di lapangan bagi melakukan kerja-kerja pemotongan pokok.

“Mereka juga melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan terbabit serta mengawal aliran trafik di lokasi kejadian,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here