Bilionair Ananda Krishnan meninggal dunia

Kuala Lumpur, Nov-

Bilionair, Usahawan terkaya Malaysia T. Ananda Krishnan meninggal dunia pada usia 86 tahun.

“Dengan rasa sedih, kami mengumumkan pemergian pengerusi kami, T Ananda Krishnan, yang meninggal dunia dengan tenang pada 28 Nov.

“Beliau memberikan sumbangan yang besar dalam pembangunan negara dan dunia korporat, serta inisiatif kebajikannya telah menyentuh banyak kehidupan.

Kami dengan rendah hati memohon agar permintaan keluarga untuk berkabung secara peribadi dihormati,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Usaha Tegas Sdn Bhd, syarikat pegangan pelaburan yang diterajui Ananda, mengesahkan pemergian beliau hari ini.

Pada April, Forbes menyenaraikan beliau sebagai individu ketiga terkaya di Malaysia, selepas hartawan hotel dan hartanah Robert Kuok serta Quek Leng Chan dari Hong Leong, dengan nilai kekayaan bersih sebanyak USD5.1 bilion.

Seorang alumni Sekolah Perniagaan Harvard, Ananda mengasaskan pengendali mudah alih kedua terbesar di Malaysia, Maxis Bhd, serta syarikat penyiaran dan media, Astro Malaysia Holdings Bhd.

Beliau juga memiliki pegangan besar dalam penyedia perkhidmatan lapangan minyak, Bumi Armada Bhd, melalui Objektif Bersatu Sdn Bhd.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here