Penduduk flat Taman Petaling Utama rujuk masalah kepada exco

Shah Alam, Nov-
Penduduk pangsapuri kos rendah Taman Petaling Utama hari ini memohon campur tangan kerajaan Selangor kerana mendakwa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) gagal menyelesaikan isu penyelenggaraan.

Pengerusi Jawatankuasanya Sugumaran S Muniandy yang mewakili penduduk menyerahkan memorandum itu kepada Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor Borhan Aman Shah.Antaranya tuntutan dikemukakan termasuk pembinaan tempat letak kereta bertingkat di lot kosong, penyediaan bas awam melalui pangsapuri dan kerajaan mengambil alih kos penyelenggaraan flat-flat kos rendah sebagaimana dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan pada PRU15.

Selain itu, pembekuan tindakan tribunal diambil terhadap penduduk yang berhutang tanpa perincian bil tunggakan caj penyelenggaraan oleh ejen penyelenggaraan.

Sugumaran berkata, satu mesyuarat telah diadakan antara Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon pada 30 April lalu, namun beliau mendakwa ‘syarat’ dikemukakan terbukti sifat tidak ikhlas dalam membantu penduduk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here