George Town, Dis-
Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang P. Ramasamy dihalang ke luar negara oleg pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pagi tadi.
Presiden Urimai itu mahu ke Banda Aceh, Indonesia untuk satu program tetapi pegawai imigresen memaklumkan bahawa nama beliau disenarai hitam atas ‘arahan’ daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Setiausaha Agung Urimai Satees Muniandy perkara itu ada kena mengena dengan siasatan SPRM terhadap Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB).
“Pejabat Wali Nanggroe Aceh membuat persediaan yang diperlukan untuk menyambut kedatangan Ramasamy. Perintah larangan ini menunjukkan suasana politik autoritarian di negara ini,” katanya.
Ramasamy dijadual menerima anugerah keamanan dari Wali Nanggroe Aceh pada malam ini bagi menghargai peranan beliau dalam memeterai perjanjian damai antara Jakarta dan Aceh.