Putrajaya, Dis-
Rakyat Malaysia yang menetap atau melawat Korea Selatan dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, menurut Kementerian Luar Negeri.
Kementerian dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan situasi di Korea Selatan kembali normal selepas undang-undang tentera ditarik balik di seluruh negara.
“Bagi memastikan maklumat terkini dan bantuan tepat pada masanya, rakyat Malaysia di Korea Selatan dinasihatkan untuk mendaftar melalui E-Konsular,” menurut kenyataan itu.
Bagi mereka yang memerlukan bantuan konsular, Kedutaan Malaysia di Seoul boleh dihubungi di alamat 129, Dokseodang-ro Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul 04419, atau melalui talian +82-2-2077 8600 atau +82-2-794 5488, atau menerusi e-mel [email protected].





















