Banjir di Putrajaya-20 kenderaan terperangkap

Putrajaya, Dis-
Hujan lebat kira-kira sejam bermula 4 petang semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 20 kenderaan terperangkap akibat banjir di Presint 11 Zon 4A.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Putrajaya, Abdul Manaf Che Isa, berkata dua jentera berserta 13 anggota digegaskan ke lokasi bagi membuat pemantauan selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.44 petang.

“Kerja-kerja membantu mengalirkan air dan membersihkan saluran tersumbat telah dilaksanakan oleh anggota bomba.

“Banjir surut kira-kira 5.30 petang ,” katanya kepada Bernama.

“Pemantauan semasa turut dilakukan melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan kerjasama memperoleh maklumat berkaitan melalui Putrajaya Command Centre (PPj) juga dilaksanakan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here