110kg syabu bernilai RM3.52 juta cuba diseludup guna Vellfire

Bukit Kayu Hitam, Dis-
Cubaan seorang lelaki menyeludup 110 kilogram (kg) syabu menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah gagal apabila dia ditahan dalam serbuan di Pokok Sena, di sini.

Dalam operasi jam 8.30 pagi pada 4 Disember lalu, suspek berusia 40-an yang memandu Toyota Vellfire turut merempuh kenderaan pihak berkuasa ketika cuba melarikan diri.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota Customs Operational Battle Force Response Assault (COBRA) hasil maklumat Cawangan Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Bukit Kayu Hitam.

Pengarah Kastam Kedah, Nor Izah Abd Latiff, berkata pihaknya mengesan MPV berkenaan sedang bergerak laju dari Taman Bandar Sejahtera menghala ke Jalan Kampung Tok Kun, Pokok Sena.

“Menyedari kenderaan dikesan, suspek cuba meloloskan diri dengan melanggar kenderaan pihak berkuasa dan kemudian terbabas.

“Suspek kemudian terjun dari kenderaan yang masih bergerak dan cuba melarikan diri ke dalam kebun getah berhampiran, namun berjaya diberkas,” katanya pada sidang media, di sini.

Nor Izah berkata, pemeriksaan terhadap MPV itu menemui empat guni besar pelbagai warna tersorok di belakang kenderaan dan beberapa bungkusan teh Cina dipercayai mengandungi syabu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here