2 lelaki lepaskan 10 das tembakan ditahan

Kuala Lumpur, Dis-
Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Thailand berhubung insiden tembakan dilepaskan ke arah pos kawalan pasukan keselamatan sempadan negara di Padang Besar, Perlis, Khamis lalu, membawa kepada penahanan dua lelaki.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata dua suspek warga Thailand masing-masing berusia 21 dan 28 tahun ditahan oleh polis negara itu di Songkhla, Thailand, pada Jumaat lalu

Beliau berkata, siasatan mendapati insiden itu dilaporkan pada jam 10.28 pagi, Khamis lalu ketika dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan tugas rondaan berhampiran pos kawalan keselamatan sempadan.

“Anggota bertugas terdengar beberapa das tembakan dari arah Thailand sebelum melihat kelibat dua lelaki menaiki sebuah motosikal di kawasan negara jiran itu. “Mereka kemudian segera memaklumkan kejadian kepada pasukan untuk bantuan sebelum suspek dilihat beredar. Kedua-dua anggota PGA tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini, hari ini.

Berikutan insiden itu, Razarudin berkata, sepasukan polis menjalankan siasatan dan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here