Pasangan Warga Indonesia Positif Covid-19 Larikan Diri Berjaya Dikesan Polis

Pasangan warga Indonesia positif Covid-19 yang dilaporkan melarikan diri telah berjaya dikesan oleh pihak polis hari ini.

Menerusi kenyataan ringkas oleh Polis Sarawak di laman facebook, pasangan tersebut ditemui oleh pihak polis di kawasan perumahan baru di tepi Jalan Matang Baru, Kuching.

Kedua-dua suspek seterusnya akan dibawa ke oleh pihak KKM ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan dan rawatan susulan.

Berikutan dua warga Indonesia positif COVID-19 yang telah lari semalam, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching yang diketuai DSP Ooi Jin Bing, bersama pasukan KKM yang diketuai oleh Inspektor Kesihatan Tuan Steffan Ivan telah berjaya mengesan pasangan Indonesia tersebut di kawasan perumahan baru di tepi Jalan Matang Baru.

Kedua-dua suspek akan dibawa oleh pihak KKM ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan dan rawatan susulan.

Semalam, dua warganegara Indonesia berkenaan yang disahkan positif Covid-19 di Sarawak selepas menjalani saringan bagi pemohonan permit kerja disedari telah melarikan diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here