Sektor kesihatan awam hilang 3 doktor sehari sejak 2019

Kuala Lumpur, Dis-
Purata tiga doktor meninggalkan perkhidmatan awam setiap hari sejak lima tahun lalu, statistik yang disifatkan seorang senator membimbangkan.

Dalam jawapan bertulis kepada Dr R.A. Lingeshwaran, Kementerian Kesihatan (KKM) berkata 6,417 pegawai perubatan kekal serta kontrak meletak jawatan antara 2019 dan 2023.

Seramai 1,046 pakar meninggalkan perkhidmatan awam dalam tempoh sama, dengan 63 daripadanya memilih bersara awal selepas mencapai usia 50 tahun.

Antara sebabnya termasuk peluang lebih baik dalam sektor swasta, bersara awal, isu kesihatan, sebab peribadi, peralihan kerjaya untuk mengajar dan kekurangan sokongan profesional.“Angka itu membimbangkan dan memerlukan campur tangan segera pihak berkuasa bagi membendung arus semakin meningkat sejak empat tahun lalu khasnya.

“Dua sebab utama yang saya fikir ialah gaji lebih baik dan kurang tekanan dalam sektor swasta,” kata Lingeshwaran kepada FMT.

Bekas pengarah Hospital Sungai Bakap itu berkata, waktu kerja lebih panjang dan tekanan tinggi di hospital awam, ditambah isu seperti buli, boleh menjejaskan profesional perubatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here