BAYI YANG BARU LAHIR DITEMUI DALAM BEG PLASTIK

Seorang lelaki warga tempatan menemui bayi lelaki 9.15 pagi hari ini yang masih hidup di hadapan sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala TTDI, Kuala Lumpur.

Anggota Polis yang bertugas di Taman Tun Control Center Balai Polis TTDI menerima laporan berkaitan kes jumpa bayi.

Pihak polis daerah Brickfields menerima aduan bahawa  di lokasi kejadian mendapati bayi yang dijumpai merupakan bayi lelaki yang baru lahir. Bayi dalam keadaan cukup sihat dan dijumpai di dalam beg plastik yang diletakkan di hadapan rumah berkenaan.

Semakan pemilik rumah telah dibuat dan bayi ini dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur bagi tujuan pemeriksaan kesihatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun- 2 – Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan bayi lelaki ini diminta hadir ke Balai Polis yang berdekatan untuk memberi keterangan. Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang bedekatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here