5 sekeluarga antara 7 maut di PLUS

Kuala Lumpur,Dis-
Tayar lori tercabut punca lima sekeluarga antara tujuh terkorban dalam kemalangan lima kenderaan di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam tadi.

Ketua Polis Alor Gajah, Ashari Abu Samah, berkata nahas itu membabitkan sebuah lori jenis Foton dan bas pelancong membawa 27 penumpang dalam perjalanan dari utara menghala selatan, sementara sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima, treler jenis Nissan dan Perodua Bezza menuju arah utara.Menurutnya, tayar depan kanan lori Foton dipandu lelaki berusia 31 tahun itu tercabut dan berada di lorong tengah.

Beliau berkata, bas pelancong yang tiba di tempat kejadian terlanggar tayar itu menyebabkan ia hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

“Semasa terbabas ke lorong bertentangan, bas itu berlanggar sebuah treler dipandu lelaki berusia 27 tahun bersama kelindan berusia 16 tahun.

“Pelanggaran itu menyebabkan treler terbabas ke lorong kiri jalan dan melanggar penghadang jalan sebelum bertembung Perodua Bezza dan Toyota Estima,” katanya menurut Sinar Harian.

Akibatnya, beliau berkata, pemandu dan empat penumpang MPV bersama pemandu bas serta seorang penumpang maut di tempat kejadian.

Mangsa maut ialah pemandu MPV, Khairul Ikhwan Mazupi, 32; isterinya Fadzlenna Ramli, 32; anak bongsu mereka, Muhammad Umar, 2; bapa Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66; dan isterinya serta pemandu bas, Noorisnien Khamid, 56; dan penumpang bas yang belum dikenal pasti identiti.

Dua lagi anak pasangan itu, Nur Sofea Humaira, 4, dirawat di zon kuning Hospital Melaka dan Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, di zon merah hospital sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here