Batu Gajah, Feb-
Seorang pemilik restoran didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas dakwaan melakukan khianat dengan membunuh seekor anjing liar menggunakan mercun, Januari lalu.
Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin turut memerintahkan pesara, Wong Phan Sang, 64, dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh seekor anjing liar di hadapan sebuah restoran di Jalan Seroja, Taman Pusing Baru, Pusing di sini, kira-kira jam 7.30 malam 28 Januari lalu.





















