Kuala Lumpur, Jan-
Seorang pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan IS.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin mengarahkan hukuman penjara atas dua pertuduhan terhadap Suhaina Sarwan, 46, dijalankan secara serentak dari tarikh dia ditahan pada 30 Mei lalu.
Ketika prosiding, peguam Sazlinidayu Kamarul Baharin yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman lebih ringan dengan mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh.
“Tertuduh sebelum ini bekerja dengan pendapatan RM2,200. Sudah berkahwin dan mempunyai dua anak selain menanggung bapanya,” katanya.
Selain itu, Sazlinidayu berkata, terdapat kes di Mahkamah Tinggi sebelum ini dijatuhkan hukuman selama dua tahun atas kesalahan yang sama sebagaimana dalam kes pada hari ini.
“Justeru, pihak pembelaan memohon mahkamah mengambil kira trend hukuman semasa. Tertuduh juga sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu,” katanya.





















