Rumah, dua kenderaan hangus di Hulu Selangor

Hulu Selangor, Sep.28.
Sebuah rumah teres dan dua kenderaan musnah dalam kebakaran di Jalan Kuala Kubu Bharu-Rawang, dekat Rumah Murah Kerling, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 pagi itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan selepas lima penghuni dalam rumah berkenaan sempat menyelamatkan diri.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.18 pagi.

Sepasukan 13 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dengan bantuan BBP Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here