Kuala Lumpur, Jan-
Kedai serbaneka KK Mart cawangan Universiti Malaya (UM) yang terpalit kontroversi kerana menjual sandwic ‘ham & cheese’ disimbah cat merah, tengah malam tadi.
Berdasarkan pemantauan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dua individu menunggang motosikal disyaki terbabit membaling cat berkenaan.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman turut mengesahkan pihaknya sudah mengambil rakaman CCTV berkenaan dan sedang menjalankan siasatan lanjut.





















