Kota Tinggi-
Sebuah lori membawa muatan ikan dan udang terbalik selepas terbabit nahas di Jalan Kota Tinggi-Mersing pada pagi Rabu.
Kejadian itu mengakibatkan ribuan ikan dan udang bertaburan di tepi jalan raya.
Orang ramai yang melihat kemalangan itu dilihat mengambil peluang mengutip ikan dan udang yang memenuhi bahu jalan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, kemalangan pada jam 9.20 pagi itu membabitkan dua kereta dan sebuah lori.
“Kemalangan dipercayai berpunca daripada sebuah kereta jenis Naza melanggar belakang kereta jenis Perodua Myvi menghala dari Johor Bahru ke Mersing.
“Akibatnya Perodua Myvi berkenaan masuk laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori sebelum terbalik ke bahu kiri jalan,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum itu, tular video berdurasi 31 saat memaparkan orang ramai mengutip udang dan ikan terbabit.




















