KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran penurunan untuk diniagakan rendah berbanding dolar AS semasa awal dagangan hari ini, memandangkan lebih ramai pelabur mengubah minat mereka kepada mata wang selamat berikutan kebimbangan terhadap penularan Covid-19, kata peniaga.
Pada 9.20 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.2800/2850 berbanding dolar AS daripada 4.2590/2650 ketika ditutup semalam.
Peniaga berkata dolar AS meneruskan aliran meningkat hari ini memandangkan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengumumkan ia akan menyuntik lebih US$1 trilion ke dalam sistem kewangan susulan kelembapan ekonomi ekoran penularan Covid-19, sebagai langkah penting untuk menyediakan mudah tunai bagi pasaran kewangan.
“Fed berkata ia akan menawarkan pinjaman tunai jangka pendek tambahan bernilai lebih US$1 trilion kepada bank-bank sebagai antara usaha untuk melancarkan operasi dalam Perbendaharaan dan pasaran wang.
“Perubahan ini bertujuan menangani gangguan yang amat luar biasa dalam pasaran pembiayaan Perbendaharaan yang berkaitan kesan Covid-19.
Beliau berkata Fed turut membatalkan rancangan untuk mengetepikan pembelian tersebut, dengan ada sesetengah berpandangan ia sebagai langkah ke arah pelaksanaan semula kelonggaran kuantitatif secara rasmi.
Ringgit bagaimanapun diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.