Sungai Petani, Jan-
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kes cubaan mencuri mesin basuh di Taman Kuala Muda, di sini, yang video tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, suspek yang berusia 36 tahun ditahan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.
Beliau memaklumkan, anggota polis yang melakukan tugas rondaan Unit Kereta Peronda (MPV) Echo menerima maklumat dari orang awam melalui telefon mengatakan ada tangkapan seorang lelaki oleh orang awam pada jam 9.20 pagi, Rabu di taman perumahan itu.
“Suspek merupakan lelaki tempatan yang beralamat di Kulim,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau memaklumkan, suspek didapati memiliki rekod lampau termasuklah enam kes jenayah dan tiga kes dadah.





















