Ipoh, Jan-
Seorang lelaki dan wanita cedera apabila kereta dinaiki terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi lima meter berhampiran Batu 7, Jalan Pahang, Tapah semalam.
Dalam tregedi itu sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah terbabas dan jatuh ke dalam gaung.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira 11.11 pagi daripada orang awam.Dua rakan cedera kereta masuk gaung.
“Mangsa yang berusia 21 dan 20 tahun mengalami cedera ringan dan telah dibantu orang awam sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya menerusi kenyataan.
Beliau berkata pasukan bomba telah melakukan pemantauan di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan keadaan kembali selamat.





















