Raja Charles III zahir ucapan tahniah, mahu hubungan dua negara terus kukuh

Kuala Lumpur, Feb 2.
Raja United Kingdom, Raja Charles III, menzahirkan ucapan tahniah baginda bersama Permaisuri kepada Sultan Ibrahim yang menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Dalam perutusan yang dimuat naik menerusi akaun X rasmi Suruhanjaya Tinggi Britain di Malaysia hari ini, baginda menitahkan hasrat ke arah memastikan hubungan kedua-dua negara dan kekeluargaan kekal kukuh terjalin.

“Secara khusus, beta berharap kita boleh terus bekerjasama dalam menangani perubahan iklim dan meningkatkan kelestarian alam sekitar.

“Ini adalah isu global yang amat penting dan akan memberi kesan terhadap kehidupan kita pada masa akan datang.

“Beta masih mengingati beberapa lawatan ke Malaysia, termasuk yang terbaharu pada 2017 dan beta menantikan kesempatan untuk meraikan hubungan rapat yang menyatukan negara dan keluarga kita,” titah baginda.

Sultan Ibrahim melafaz sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, Rabu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here