Najib pertimbang mohon pengampunan kedua – Peguam

Putra Jaya, Feb-
Barisan peguam bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, bagaimanapun permohonan itu tidak harus menjejaskan hak yang ada dalam Titah Adendum sebelum ini.

Berkenaan dengan soalan sama ada pengampunan Diraja telah pun dikemukakan, saya jawab dengan tegas setakat ini belum.

“Namun, saya sedang berfikir kalau buat satu pengampunan baharu, ia tidak harus menjejaskan hak di bawah Adendum kita demi memberi keuntungan kepada Najib.

“Seperti saya kata, kita harus buat dua-dua sebab Adendum tersebut juga adalah satu titah YDPA. Kita harus hormat,” ujarnya dalam satu sidang akhbar di sini pada Rabu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here