Ampang Jaya, Feb-
Seorang wanita cedera di kepala dan badan selepas dipukul serta diugut oleh adik lelakinya dalam kejadian di kediaman mereka di Hulu Kelang, di sini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek berusia 21 tahun itu bertindak agresif akibat salah faham sebelum menyerang mangsa yang berusia 34 tahun pada 10 pagi Isnin lalu.
“Suspek ditahan pada jam 2.15 petang di tempat kejadian bersama rampasan sebilah parang. “Saringan ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis THC,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, suspek dituduh di Mahkamah Majistret Ampang semalam mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.
“Jaminan RM2,500 ditawarkan, namun jaminan tidak dibayar.”Suspek direman di Penjara Satelit Kuala Langat sehingga tarikh sebutan semula kes pada 25 Mac ini,” katanya.